Rabun silau ataupun Astigmatisma merupakan gangguan penglihatan yang boleh menyebabkan penglihatan kabur pada sebarang jarak. Ia disebabkan oleh kelengkungan kornea atau kanta mata yang tidak sekata. Ini menyebabkan cahaya yang masuk tidak dapat difokuskan pada 1 titik. Imej yang terbentuk di retina menjadi kurang jelas. Oleh itu, penglihatan menjadi kurang jelas dan boleh juga menjadi silau.
Tanda & Faktor Berlakunya Rabun Silau
Rabun silau boleh dialami pada sebarang peringkat umur. Tanda – tanda yang biasa dialami adalah seperti berikut:
- Penglihatan kabur pada sebarang jarak
- Pandangan terherot
- Mata letih
- Sakit kepala
- Kesukaran memandu pada waktu malam
- Mata sering berkelip
Faktor-faktor penyebab berlakunya rabun silau adalah:
- Genetik
- Kelengkungan kornea yang tidak sekata
- Kanta mata yang tidak normal
Rabun silau boleh dikurangkan dengan beberapa cara seperti:
- Pemakaian cermin mata
- Pemakaian kanta lekap
- Pembedahan
Sekiranya rabun silau tidak dibetulkan ia boleh mendatangkan masalah-masalah seperti di atas dan seterusnya boleh menjejaskan prestasi ketika belajar ataupun bekerja.
Elakkan diri dari menggosok mata ketika gatal kerana ia boleh menyebabkan silau menjadi semakin teruk. Penting bagi kanak – kanak untuk mendapatkan pemeriksaan mata awal bagi mengelakkan masalah penglihatan yang lain seperti ambliopia (mata malas).