Tempah Slot Temujanji

Pemeriksaan mata yang lengkap penting dilakukan bagi mengetahui tahap penglihatan anda. Kami mencadangkan supaya anda berjumpa Optometrist untuk mendapatkan pemeriksaan mata sekurang-kurangnya sekali dalam setahun.

Di Oasis Optometry Centre, anda bukan sahaja dapat menjalankan pemeriksaan mata yang teliti, namun anda boleh juga mendapatkan khidmat nasihat penjagaan penglihatan daripada Optometrist kami yang bertauliah.

Sekiranya anda ingin membaiki cermin mata, jumpa kami segera untuk kami bantu. Banyak servis berkaitan cermin mata yang kami tawarkan adalah percuma. Tanya staf kami cara penjagaan cermin mata yang betul agar cermin mata anda akan tahan lebih lama.

Sekiranya anda memerlukan panduan pemilihan bingkai cermin mata dan “Sunglass” yang sesuai, staf kami yang berpengalaman akan membantu anda membuat pilihan. “Sunglass” bukan sahaja perlu bersesuaian dengan bentuk muka, tetapi lebih penting dapat melindungi mata.

Untuk pemakai kanta sentuh, berjumpa terlebih dahulu dengan Optometrist untuk
mendapatkan pemeriksaan mata dan khidmat nasihat berkaitan pemakaian kanta sentuh.Ini adalah penting supaya anda memakai kanta sentuh dengan selamat.

Jumpa kami di cawangan Oasis Optometry yang berdekatan untuk menjalani pemeriksaan mata secara menyeluruh.

Tempah slot temujanji anda sekarang!

Di Oasis Optometry, kami mengesyorkan agar setiap orang menjalani ujian penglihatan dengan Optometris sekurang-kurangnya sekali dalam setahun dan lebih kerap jika ada apa-apa perubahan pada penglihatan anda. 

Kepada pengguna kanta sentuh pula, adakah anda mengalami simptom seperti kekeringan dan kegatalan pada mata dalam tempoh yang lama? 

Jangan bimbang kami juga ada menyediakan konsultasi perundingan kanta sentuh untuk keselesaan mata anda sepanjang hari.

Bagi penggemar sunglasses kami juga menyediakan konsultasi berkenaan dengan pemilihan dan pembelian sunglasses yang bersesuaian dengan anda. Perundingan preskripsi cermin mata juga ada kami sediakan untuk rujukan anda. 

Jumpa kami di cawangan Oasis Optometry yang berdekatan untuk menjalani pemeriksaan mata secara menyeluruh. 

Tempah slot temujanji sekarang!

  • DD slash MM slash YYYY
  • This field is for validation purposes and should be left unchanged.

Masa temujanji boleh dibuat dari jam 10.00am - 6.00pm