Oasis Optometry Centre mula ditubuhkan pada 4 Mei 2010. Oasis Optometry Centre merupakan milik bumiputera sepenuhnya yang diasaskan oleh graduan lulusan UKM di dalam bidang optometri. Premis  pertama dibuka dengan rasminya pada Ogos 2010 di Bandar Baru Kubang Kerian, Kelantan. 

Oasis Optometry Centre ditubuhkan untuk menyediakan perkhidmatan penjagaan penglihatan yang terbaik kepada masyarakat khususnya di Negeri Kelantan. Di sini kami sentiasa memberi kesedaran kepada masyarakat dari pelbagai lapisan umur dan latar belakang akan kepentingan  penjagaan penglihatan dari usia kanak-kanak lagi. 

Sekarang Oasis Optometry Centre  mempunyai 4 cawangan iaitu di Kubang Kerian, Pasir Puteh, Tumpat dan Kok Lanas, Kelantan. Kami sentiasa mengutamakan perkhidmatan yang terbaik kepada pelanggan-pelanggan kami dengan menyediakan khidmat pemeriksaan mata yang profesional, pilihan cermin mata yang pelbagai dan terkini, harga yang berpatutan, khidmat selepas jualan terbaik dan layanan mesra oleh kakitangan-kakitangan kami yang terlatih.

“Kami menyediakan perkhidmatan pemeriksaan mata secara profesional oleh optometrist-optometrist yang bertauliah dan pakar dalam bidang penjagaan penglihatan.

Kami juga bertanggungjawab memastikan agar pelanggan-pelanggan kami bukan sahaja dapat melihat dengan jelas, malah juga dapat melihat dengan selesa menggunakan bantuan cermin mata, kanta sentuh dan terapi penglihatan.”

Oasis Optometry Centre  merupakan pengedar sah bagi  produk kanta berjenama terkenal dan berkualiti tinggi seperti CARL ZEISS, HOYA, PENTAX dan TOKAI. Kanta yang berkualiti dapat memberi pengalaman penglihatan yang jelas dan selesa,selain ketahanan dan ciri-ciri tambahan yang lain. 

Di premis-premis kami juga terdapat pelbagai  bingkai cermin mata terkini dan sesuai untuk semua golongan. Kami juga merupakan pengedar rasmi bingkai cermin mata berjenama terkenal seperti Alain Delon, Crocodile, Guy Larroche, Rayban,  Bonia, Seiko, Oris, Alfio Raldo, Edwin, Elizabeth Arden, Lois, BUM, SB Polo, Cheetah dan banyak lagi.

Close Menu
×

Cart