Rabun Jauh (Myopia) Dan Rabun Dekat (Hyperopia)

Idealnya, penglihatan yang terang akan terhasil apabila cahaya yang masuk ke mata boleh ditangkap tepat oleh retina; tidak jatuh di depan atau di belakang retina. Terdapat dua jenis rabun yang akan terhasil apabila cahaya ini tidak tertumpu tepat di atas retina, iaitu Rabun Jauh (Myopia) dan Rabun Dekat (Hyperopia).

RABUN JAUH (MYOPIA):

  • Berlaku disebabkan oleh gangguan fokus mata yang menyebabkan penglihatan menjadi kabur ketika melihat sesuatu objek yang jauh.
  • Hal ini terjadi apabila jarak antara lapisan paling luar mata (kornea) dengan retina (saraf mata) terlalu jauh sehingga cahaya yang masuk justeru jatuh di depan retina.

RABUN DEKAT (HYPEROPIA):

  • Berlaku disebabkan oleh gangguan pada fokus mata yang menyebabkan seseorang itu sukar untuk melihat objek jarak dekat dengan jelas. Namun, individu ini dapat melihat objek jarak jauh dengan baik.
  • Rabun dekat disebabkan oleh kornea mata yang terlalu datar atau kurang melengkung, kanta mata yang kurang tebal, atau bola mata terlalu pendek. Hal ini membuat cahaya yang masuk ke mata malah terfokus di belakang retina.

Ciri-Ciri Rabun Dekat Dan Rabun Jauh

Rabun Jauh Rabun Dekat
  • Perlu mengecilkan mata atau menutup sebelah kelopak mata supaya dapat melihat objek dalam jarak jauh dengan jelas.
  • Sakit kepala akibat mata keletihan.
  • Sukar untuk melihat semasa memandu kenderaan, khususnya pada waktu malam.
  • Perlu duduk lebih dekat dengan televisyen, skrin, atau duduk di kerusi barisan hadapan.
  • Sering mengedipkan mata.
  • Menggosok-gosok mata secara berlebihan, untuk perbaiki fokus mata.
  • Penglihatan kabur pada jarak membaca yang normal.
  • Sukar untuk melihat objek yang bersaiz kecil secara dekat.
  • Objek di sekitar yang dekat terlihat kabur.
  • Mata terasa penat.
  • Perlu mengelipkan mata untuk melihat lebih jelas, atau membawa objek yang ingin dilihat dekat ke mata.
  • Sukar untuk tumpu pada objek yang berjarak dekat.
  • Sakit kepala atau pening setelah membaca.
  • Boleh menyebabkan juling (strabismus) dalam kalangan kanak-kanak sekiranya rabun dekat tidak dirawat dengan sebaiknya.

 

Cara Mengatasi Rabun Dekat & Rabun Jauh

Rabun Jauh Rabun Dekat
  • Dekat boleh diatasi dengan cermin tolak (Minus) yang bersifat cengkung.
  • Cermin mata atau kanta lekap.
  • Boleh diatasi dengan cermin tambah (Plus) yang bersifat cembung.
  • Cermin mata atau kanta lekap.
Alternatif lain adalah dengan menjalani bedah mata, seperti:

  • Laser-Assisted Subepithelial Keratectomy (LASEK)
  • Photorefractive Keratectomy (PRK)
  • Laser-Assisted In Situ Keratomileusis (LASIK)