Mata Sering Rasa Tegang Dan Kabur? Anda Mungkin Mengalami Anisometropia

Mungkin ramai dalam kalangan anda yang sering mengalami ketegangan pada mata, rasa loya serta ketidakselesaan menggunakan kedua mata anda. Jika situasi ini terjadi, mungkin anda mengalami Anisometropia. Apakah Anisometropia ini sebenarnya?

Anisometropia ni dalam bahasa mudah nak faham, perbezaan power yang ketara antara kedua-dua belah mata. Contohnya power mata sebelah kiri -4.00 belah kanan -0.25. 2 imej yang berlainan saiz, otak kita akan cuba menggabungkan saiz yang tak sama tu untuk mendapatkan imej yang jelas dan akan menyebabkan otak kita terkeliru.

Tanda & Gejala Anisometropia

  1. Kabur penglihatan
  2. Sakit kepala tanpa ada punca daripada penyakit lain
  3. Penglihatan berganda
  4. Ketidakselesaan menggunakan dua-mata
  5. Mata rasa tegang (strain)
  6. Mata penat
  7. Rasa loya
  8. Kesukaran membaca
  9. Sensitif pada cahaya

Apakah Rawatan Bagi Anisometropia?

  • Cermin mata
  • Kanta lekap

Sekiranya sekarang anda mempunyai gejala seperti di atas, mungkin anda boleh dapat pemeriksaan mata secara menyeluruh dan terperinci di Oasis Optometry Centre.

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on telegram