Amalkan 8 Makanan Ini Bagi Mendapatkan Mata Yang Sihat

Umum mengetahui bahawa apa yang kita makan akan mempengaruhi gaya hidup kita. Jika makanan yang kita ambil menyihatkan maka badan kita juga akan menjadi sihat. Sama juga seperti mata. Gaya hidup atau pemakanan adalah amat mempengaruhi kesihatan mata kita.

Antara pemakanan yang penting agar kesihatan mata terjamin adalah omega-3, tembaga, zeaxantihin dan juga lutein. Jadi jom kita amalkan 10 makanan di bawah ini yang mana sangat kaya dengan nutrisi bagi meningkatkan kesihatan mata kita.

10 Makanan Yang Baik Untuk Mata

1.Ikan

Antara ikan yang mengandungi tahap omega-3 yang paling bermanfaat adalah tuna, salmon, trout, makarel, sardin, ikan bilis dan herring. Menurut beberapa kajian mendapati bahawa minyak ikan ini bagus untuk mata yang kering. Termasuk mata kering disebabkan oleh menggunakan komputer dalam waktu yang lama.

2. Selasih & Biji Rami

Selasih dan biji rami merupakan antara benih yang tinggi omega-3. Apabila makanan yang mempunyai omega-3  ia merupakan sumber vitamin E.

3. Buah Oren

Semua sudah sedia maklum bahawa buah oren ini kaya dengan vitamin C. Seperti vitamin E, vitamin C ini adalah antioksidan yang disyorkan oleh AOA untuk melawan kerosakan mata yang mana berkaitan dengan usia. Selain buah oren, lemon dan grapefruits juga merupakan buahan yang elok untuk mata.

4. Kacang atau Kekacang

Kacang juga kaya dengan omega-3 asid lemak. Kacang ini sebenarnya mengandungi tahap vitamin E yang tinggi. Antara kekacang yang baik untuk kesihatan mata adalah walnut, kacang brazil, kacang tanah dan lentil.

5. Lobak

Tahukah anda bahawa lobak ini kaya dengan Vitamin A dan beta karotena. Beta karotena ini adalah penyebab mengapa lobak berwarna oren. Manakala Vitamin A ini memainkan peranan penting dalam penglihatan. Ia adalah komponen protein yang dipanggil rhodopsin yang mana membantu retina menyerap cahaya.

6. Daging Lembu

Daging lembu kaya zink, zink memang sangat baik untuk mata. Ianya boleh membantu menunda kehilangan penglihatan yang berkaitan dengan usia dan generasi makula.

7. Telur

Telur merupakan sumber vitamin C dan E yang baik. Telur juga mempunyai Zink dan ia dapat mengurangkan risiko kehilangan penglihatan yang berkaitan dengan usia.

8. Air

Air merupakan salah satu kepentingan dalam kehidupan seharian kita. Selain unuk kekal sihat, minum banyak air juga boleh mencegah dehidrasi yang mana boleh mengurangkan gejala-gejala mata kering.

 

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on telegram