Cermin mata hitam @ sunglasses merupakan satu cermin mata yang dikhaskan untuk menghalang sinaran cahaya matahari dan juga sinaran ultra-ungu (UV) yang tinggi daripada bebola mata (penglihatan). Tanpa lapisan keselamatan ini, ia boleh mengakibatkan ketidakselesaan pada mata pengguna malahan penyakit-penyakit yang merbahaya seperti silau, kanser, buta dan selebihnya.
Jenis
Terdapat 2 jenis cermin yang digunakan sehngga sekarang iaitu jenis warna (tinted), dan polarized untuk versi baru. Bagi polarized, ia merupakan cermin yang menghalang silau pada sesuatu permukaan seperti air, jadi ia akan menghasilkan penglihatan yang lebih jelas dan nyaman berbanding tanpa polarized.
Warna juga memainkan peranan dalam memilih cermin mata hitam. Warna kelabu dan hijau dianggap sebagai neutral yakni standard kerana ia mengekalkan warna asal. Manakala warna koko meghasilkan peglihatan yang tajam, namun terdapat gangguan warna yang kurang enak. Untuk warna turqoise ia bagus untuk kondisi cahaya dari tengah ke tinggi disamping gangguan warna lens yang minimal.
Kuning memberi penglihatan optimum pada objek namun penghasilan warna yang teramat keras. Warna amber boleh hasilkan sesuatu objek dari jarak jauh nampak seketul, terutama musim sejuk atau berjerebu. 2 cermin ini sesuai untuk pemain ski, pemburu, orang kapal dan juruterbang.
Biru atau ungu pula sesuai untuk penembak dalam acara sukan, kerana ia menguatkan lagi cahaya target berbanding belakang tabir.
Pelbagai fesyen yang diterapkan dalam cermin mata hitam mengikut citarasa pengguna. Antaranya aviator, browline, oversized, wayfarer, shutter shades, tea shades, wayfarer dan wrap-around.
Kegunaan
Ia amat disyorkan kepada pengguna-pengguna yang banyak melakukan kerja @ aktiviti di luar kerana pada masa itu, kita terdedah kepada cahaya matahari dan sinaran UV. Kepada yang baru selesai melakukan pembedahan mata seperti lasik atau katarak, doktor mewajibkan mereka untuk memakai kerana selepas pembedahan, selaput perlindungan UV semulajadi mata masih lagi dalam proses pemulihan. Langgar arahan, boleh menyebabkan mata tidak dapat melihat dengan baik, penghasilan silau tinggi, dan kemungkinan besar menjurus kearah buta.
Walaupun ia berguna, namun ada tempat dimana kita tidak perlu memakai cermin mata hitam. Sebagai contoh di dalam rumah, tempat yang kurang pengcahayaan seperti teater, pawagam, ataupun pada waktu mendung/hujan, waktu malam kerana ia akan menggelapkan penglihatan persekitaran sehingga boleh mengakibatkan kemalangan.