Mata adalah anugerah terindah yang tuhan kurniakan untuk kita. Mata merupakan salah satu organ yang membolehkan kita melihat atau mengesan keadaan sekeliling. Ia merupakan salah satu deria yang teramat penting bagi makhluk yang hidup di atas muka bumi ini.
Oleh sebab itu, hargailah mata anda dan bersyukurlah kerana diberikan deria penglihatan yang baik. Boleh melihat keadaan sekeliling dengan baik. Jadi jagalah mata anda sebaiknya. Mungkin anda boleh mengamalkan tips mudah di bawah ini bagi mengekalkan kesihatan mata.
7 Tips Mudah Untuk Kesihatan Mata
- Menggunakan cermin mata atau kanta lekap berpreskripsi bagi yang memerlukan.
- Lindungi mata daripada sinaran UV.
- Amalkan pemakanan yang seimbang dan sihat.
- Menggunakan pencahayaan yang secukupnya.
- Jangan membaca atau menggunakan gajet dalam keadaan gelap kerana ia boleh menyebabkan sakit kepala dan silau.
- Jangan membaca atau menggunakan gajet dengan jarak yang sangat dekat dengan mata. Ia akan menyebabkan mata anda tegang dan keletihan.
- Selepas 20 minit melakukan kerja pada jarak dekat, rehatkan mata sekurang-kurangnya selama 20 saat dengan melihat pada jarak 20 kaki.