Contact lens atau juga dalam bahasa melayunya adalah kanta lekap merupakan kepingan plastik nipis yang melengkung yang dilekapkan ke kornea mata. Contact Lens ini dipakai adalah kerana untuk membaiki masalah rabun atau terapeutik.
Malah ada juga yang memakainya untuk kelihatan cantik. Walau apa pun tujuan pemakaian pastikan anda tahu tips dan kaedah penjagaan kanta lekap ini.
Tips Serta Penjagaan Kanta Lekap
- Cuci tangan sebelum dan selepas memakai contact lens. Pastikan tangan betul-betul kering sebelum menyentuh contact lens.
- Gunakan solution yang betul, MPS (MULTIPURPOSE SOLUTION), ada 5 fungsi biasanya, (Cleans, Reconditions, Rinses, Disinfects & Stores) boleh digunakan.
- Sebelum simpan contact lens anda dalam casing (bekas contact lens), gosok dalam 5-10 saat untuk memastikan tiada kotoran/benda asing yg melekat pada contact lens itu.
- Rendam hingga tenggelam contact lens anda dalam casing. Minimum rendaman untuk pakai keesokan harinya adalah 6 jam or lebih.
- Maximum pemakaian contact lens sehari adalah 8 jam kebiasaannya.
Elakkan 3 Perkara Berikut
- Elakkan dari berenang semasa memakai contact lens. Sekiranya anda menggunakan contact lens semasa berenang, sebolehnya buang terus contact lens itu.
- Jangan guna air paip untuk cuci contact lens anda. Air paip mengandungi kuman Ancanthamoeba yg boleh berjangkit di mata anda.
- Jangan tidur dengan contact lens.
Dapatkan pemeriksaan mata secara menyeluruh dan terperinci di Oasis Optometry Centre sekarang!