Pterygium Memang Tidak Mendatangkan Risiko Kepada Penghidap Namun Ia Boleh Menganggu Penglihatan Anda

Pterygium merupakan ketumbuhan yang tidak mendatangkan risiko kepada penghidap. Ia terjadi pada konjuntiva iaitu tisu mukosa yang melitupi bahagian mata putih. Dalam sesetengah kes pterygium yang teruk akan melibatkan permukaan kornea iaitu bahagian tengah mata yang melitupi mata hitam. Kebiasaannya pterygium tidak mendatangkan masalah yang serius atau memerlukan rawatan, walau bagaimanapun dapat dibuang sekiranya mengganggu penglihatan.

Apa Penyebab Pterygium ini?

Pendedahan sinaran ultra-ungu yang tinggi dipercayai menjadi penyebab yang utama dalam pertumbuhan pterygium. Pterygium lebih kerap terbentuk pada individu yang tinggal di kawasan beriklim panas dan kering serta kepada mereka yang kerap berada di luar bangunan dan terdedah kepada sinaran matahari yang tinggi.

Risiko terbentuknya pterygium pada tahap yang lebih lebih tinggi adalah individu yang tinggal dikawasan yang mempunyai lapisan ozon yang telah menipis. Hal ini akan menyebabkan peningkatan sinaran ultra-ungu dikawasan tersebut.

Gejala dan Tanda

  1. Mata kering
  2. Rasa tidak selesa di dalam mata seperti ada bendasing
  3. Mata kelihatan merah
  4. Kabur penglihatan sekiranya pterygium telah merebak ke lapisan kornea

Rawatan

Pembedahan bagi membuang ptergium akan dilakukan sekiranya pterygium itu telah mengganggu penglihatan pesakit.

Pencegahan

Bagi mengurangkan risiko pertumbuhan pterygium:

  1. Guna cermin mata yang dapat menapis sinaran ultra-ungu
  2. Amalkan memakai cermin mata hitam dan topi bila berada di luar bangunan