Apa itu progressive lens (cermin jauh, pertengahan dan dekat) ini sebenarnya. Progressive lens merupakan cermin yang mempunyai peringkat power ibarat seperti tangga di mana setiap anak tangga mempunyai power yang tersendiri, dimulai dari tangga bawah (power baca/dekat), tangga pertengahan (power tengah) dan tangga teratas (power jauh). Ini adalah cermin teknologi paling terbaru selepas bifocal (jauh, dekat) dan trifocal (jauh, tengah, dekat yang memiliki garisan jelas).
Terdapat beberapa konsep boleh diterapkan dalam cermin ini, kerana ia boleh diubah mengikut kesesuaian pengguna, bergantung kepada aktiviti harian beliau. Contoh, seseorang ni kuat beraktiviti luar dan lasak, mereka akan meluaskan penglihatan pada jarak jauh dan mengurangkan jarak dekat. Ini hanya dapat diubahsuai pada cermin multifocal yang exclusive, harganya betul-betul memberansangkan.
Kelebihan penggunaan progressive lens ini:
- Dapat melihat semua penglihatan di bawah satu kanta, berbanding cermin single vision dan bifocal.
- Cermin ini lebih kelihatan kosmetik (cantik) berbanding bifocal dan trifocal yang mempunyai garisan pemisah antara dua power mata.
- Bagus untuk pengguna yang memiliki masalah presbyopia (rabun dekat) bermula dari umur 40 keatas.
- Ia melesapkan masalah “image jump” (lompatan power dari power jauh kepada dekat yang amat ketara)
- Progressive lens mempunyai banyak power kerana dari satu titik ke satu titik mempunyai power yang berbeza.
Kekurangannya progressive lens :
- Sekiranya pengguna tidak biasa dengan cermin progressive, mereka akan mengalami pening dan rasa nak muntah.
- “Swimming effect” ini masalah yang berlaku disebabkan bahagian bucu cermin mempunyai kawasan kabur dimana terasa seperti berayun apabila melihat kawasan tersebut.
Setakat ini sahaja coretan daripada saya, ilmu yang dapat sampai kan. Walaupun sedikit, harap dapat memberi manfaat kepada pembaca. Segala pendapat atau masalah, boleh datang ke kedai untuk mendapat khidmat nasihat daripada pakar professional kami yang terdapat di Pasir Puteh, Kubang Kerian, Kok Lanas dan Tumpat.
Disediakan Oleh:
Optometrist@Wae
Oasis Pasir Puteh