Peningkatan penggunaan telefon pintar, peranti navigasi dan tablet telah mengubah tingkah laku penglihatan kita. Dengan penggunaan alat digital, mata kita menjadi terbiasa dengan aktiviti jarak dekat dan sentiasa beralih antara jarak yang berbeza.
Hanya dalam masa beberapa saat, mata kita perlu bergerak antara jarak jauh dan dekat dari melihat sesuatu dalam jarak ke paparan kecil, fon kecil dan maklumat yang padat dan kemudian berulang kembali.
Hal ini menyebabkan ketegangan melampau pada otot ciliary dan lensa mata yang sentiasa perlu menyesuaikan diri untuk memastikan bahawa apa yang kita lihat menjadi terang dan jelas. Kesannya, mata menjadi letih, sakit kepala dan ketegangan leher, terutamanya apabila umur semakin meningkat.
Kanta Digital – Penawar kepada keletihan mata
Dengan pemakaian lensa digital, ia dapat mengurangkan keletihan mata dan sakit kepala semasa menggunakan alat-alat digital ataupun membaca majalah dan buku-buku.
Reka bentuk khas pada zon jarak dekat pada kanta ini dapat membantu pengguna untuk fokus apabila gerakan mata beralih pada jarak yang berbeza terutama jarak yang dekat. Hal ini dapat mengelakkan kepenatan mata dan memberi keselesaan sepanjang masa.
Kanta Digital dan Kanta Progresif – bagaimana ia berbeza?
Lensa Digital telah dioptimumkan khas untuk penglihatan jarak dekat dan sesuai untuk kegunaan seharian. Tetapi lensa digital agak kurang membantu golongan yang sudah lanjut usia dan mempunyai rabun dekat yang tinggi.
Maka, golongan seperti ini tidak lagi perlu memakai Lensa Digital tetapi beralih kepada Lensa Progresif. Lensa Progresif, di sisi lain, menawarkan reka bentuk individu untuk penglihatan yang jelas, terfokus pada jarak dekat, jauh dan pertengahan di antara keduanya.
Manfaat kepada pengguna
- Memudahkan mata untuk fokus pada jarak yang berbeza
- Mengelakkan kepenatan semasa menggunakan alat digital
- Memberikan keselesaan sepanjang masa