Keburukan Cahaya Untuk Penglihatan Mata Manusia

Cahaya adalah sumber yang penting kepada penglihatan manusia. Dengan adanya cahaya matahari atau lampu, segala benda-benda di dunia ini dapat dilihat oleh mata manusia. Namun, gelombang cahaya tertentu yang ada pada cahaya matahari dan alat-alat digital dapat memberi kesan yang tidak baik kepada mata manusia dalam jangka masa yang panjang.

Cahaya Matahari

Di dalam spectrum cahaya matahari, ada berbagai tenaga yang berbentuk gelombang yang mana gelombang tersebut akan membahagikan tenaga kepada beberapa jenis iaitu:

Dalam berbagai jenis cahaya tersebut, hanya ‘visible spectrum’ atau cahaya tampak yang dapat membantu manusia untuk melihat. Selain daripada ‘visible light’, tenaga tersebut tidak boleh dilihat dengan mata kasar manusia. Cahaya tampak itu akan masuk ke dalam mata manusia dan ia akan diproses oleh sel-sel dalam mata serta otak di bahagian lobus oksipital membolehkan manusia melihat imej benda-benda dengan jelas.

Spektrum Tampak (Visible Spectrum)

Dalam spectrum tampak atau ‘visible light’, gelombang cahaya yang terbentuk menjadikan beberapa jenis warna tertentu berdasarkan ukuran gelombang sama ada gelombang pendek atau panjang. Contohnya, gelombang tenaga pada 620nm hingga 720nm adalah gelombang yang membentuk warna merah dan gelombang 495nm hingga 570nm adalah berwarna hijau. Rujuk jadual di bawah:

Gelombang dan warna cahaya

Cahaya Yang Melibatkan Mata

Di samping cahaya yang menjadi manfaat untuk manusia, ada juga cahaya yang memberikan kesan yang buruk kepada mata pada jangka masa yang panjang iaitu cahaya ultraviolet (100nm-380nm) dan cahaya berwarna blue serta violet (380nm-495nm) dalam spectrum tampak.

Apabila mata sering terdedah dengan cahaya ultraviolet, ia akan berisiko untuk mendapat penyakit katarak mata (Cataract). Sebaliknya, cahaya blueviolet akan menyebabkan penyakit Kerosakan Makular (Age-related Macular Degeneration).

Katarak mata adalah penyakit yang terjadi apabila lensa mata menjadi mendung atau tidak jernih yang menyebabkan penglihatan menjadi kabur. Hal ini disebabkan oleh susunan protein yang ada pada lensa mata tidak teratur dan mengeras apabila umur meningkat. Malah, proses tersebut akan menjadi lebih cepat lagi apabila sering terdedah kepada cahaya UV.

Manakala, penyakit kemerosotan makular adalah kerosakan yang berlaku pada kawasan bahagian belakang mata yang dikenali sebagai makula. Makula berfungsi untuk memproses cahaya yang masuk ke dalam mata. Tanpa makula, kita tidak dapat melihat sesuatu secara terperinci sama ada jarak dekat ataupun jauh tetapi penglihatan ruangan tepi adalah normal.

Apabila usia meningkat, lapisan makula akan menjadi nipis dan mulai rosak. Tetapi, makula akan lebih cepat rosak apabila sering terdedah dengan cahaya blue-violet.

Langkah-Langkah Pencegahan Awal

  1. Memakai cermin mata hitam (sunglass) di waktu panas cahaya matahari. Sunglass dapat melindungi mata kita daripada terkena radiasi sinaran UV matahari terutama di waktu panas yang terik. Hal ini kerana kadar cahaya UV adalah sangat tinggi ketika waktu tengah hari.
  2. Memastikan spek yang dipakai adalah menggunakan kanta anti-ultraviolet (UV coating). Bagi seseorang yang rabun, anda harus mendapatkan kanta spek mata yang ada anti-UV untuk melindungi mata anda daripada sinaran UV. Lapisan UV coating pada kanta dapat menapis sinaran UV daripada masuk secara terus ke dalam mata anda.
  3. Mendapatkan kanta yang mempunyai lapisan yang dapat menapis cahaya blue-violet (Blue coating). Bagi pemakai spek mata, anda seharusnya membeli kanta spek yang ada blue coating selain daripada UV coating. Dengan adanya lapisan blue coating, ia dapat mengelakkan mata anda daripada terkena sinaran blue-violet yang merbahaya kepada mata anda pada jangka masa yang panjang. Selain itu, anda boleh juga meletakkan lapisan anti-blueviolet pada alat digital anda untuk menapis cahaya tersebut.