Apa Itu Papillae Dan Adakah Ia Berbahaya?

Tahukah anda apakah itu Papillae? Papillae ini adalah biji gatal yang terdapat pada bahagian dalam kelopak mata atas dan bawah. Kebiasaanya orang atau individu yang mempunyai alergik, resdung, pemakai kanta lekap lebih cenderung untuk mempunyai Papillae ini.

Lebih bahaya lagi apabila kita menggosok mata, Papillae tersebut akan bergesal dengan mata dan boleh menyebabkan permukaan kornea calar. Selain itu menggosok mata secara kuat akan lebih menekan permukaan menyebabkan permukaan menjadi tidak sekata.

Menggosok Mata Boleh Menyebabkan Rabun Silau Dan Keratoconus

Tahukah anda apabila anda menggosok mata, tabiat ini akan memberi kesan buruk terhadap penglihatan. Jadi dinasihatkan anda jangan sesekali menggosok mata anda, lebih-lebih menggosok secara kasar. Sekiranya mata anda terlalu gatal, mungkin anda boleh menggunakan beberapa cara dibawah ini tanpa menggosok mata.

  • Ubat titis mata
  • Guna airmata tiruan
  • Tuam sejuk – ambil ais dan letak dalam tuala atau tisu. Pejamkan mata dan tuam pada bahagian yang gatal.

Bagi mendapatkan pemeriksaan mata secara menyeluruh dan terperinci, anda boleh dapatkan di Oasis Optometry Centre. Untuk sebarang pertanyaan atau temujanji dengan Optometrist, anda boleh menghubungi 097649991 atau whatsapphttp://www.wasap.my/60177248991/TemujanjiOptometrist.